Selamat Tahun Baru 2017!

Selamat Tahun Baru 2017!

Alhamdulillah…
Tahun 2016 ends well for me. Walaupun banyak perkara yang diharapkan tidak tercapai, tapi saya masih diberikan peluang untuk berusaha ke arah yang diimpikan. Mungkin itu yang terbaik bagi saya buat masa ini kerana Allah lebih mengetahui.

Tahun ni nak lebih fokus pada business, blogging & vlogging too. Harapnya berjaya lah hendaknya.

By the way… Saya ingin mengucapkan sekali lagi, Selamat Tahun Baru 2017… Semoga apa yang kita impikan dan harapkan akan tercapai dengan keredhaan dariNya.

iPad Mini 2… Rezeki gadget tahun ni…

iPad Mini 2… Rezeki gadget tahun ni…

Baru2 ni aku ada dapat satu iPad Mini 2 masa aku join satu training on Network Security & Penetration Testing. Alhamdulillah… Last year dapat ASUS Zenfone C masa company trip, tahun ni dapat iPad Mini 2. Hihi… Rezeki.

Disebabkan aku dah ada Galaxy Tab A 8.0 dan anak aku dah ada iPad Mini. So, aku dah tanya wife, dia tak nak lak iPad tu. Sebab katanya aku bagi pinjam je, bukan nak bagi terus. Hihi… Biasa lah aku. Tamak bab gajet ni. Tapi kalau nak pakai je takde hal. Aku terfikir jugak nak jual iPad Mini 2 tu dan beli HDD baru untuk notebook aku. Tapi sampai sekarang aku masih gunakan lagi. Hihi… Dah rindu dengan iPad yang lama. Rasa susah nak lepaskan yang ni.

So, aku belum decide lagi, sebab best gak iPad Mini 2 ni. Retina Display dengan 32GB storage. Macam iPad 2 aku dulu saiz storage dia. Banyak benda boleh install. iDevice ni kalau space kecik tak best, sebab tak boleh expand. Kena selalu transfer. Leceh. Ni storage nya agak besar, so best lah nak install apa2 pun tak payah nak fikir sangat. Hehe…

Tahun ni hampir sampai ke penghujung. Walaupun pelbagai dugaan dan rintangan yang terpaksa aku lalui, aku tidak laluinya berseorangan. Aku sentiasa bersama orang tersayang. Aku sangat bersyukur yang Allah kerana senantiasa memudahkan perjalanan hidup aku dan aku berharap tahun hadapan akan menjadi lebih baik bagi aku, keluarga, rakan2 dan semua umat Islam secara umumnya.

Jumpa tahun depan & Selamat Tahun Baru 2017!

Parking Kat IKEA!

Parking Kat IKEA!

ikea_damansara

Just nak share my experience last weekend kat IKEA punya parking lot.

Last weekend aku pergi IKEA Damansara dan seperti biasa, memang amatlah susah nak cari parking walaupun takde lah ramai sangat orang masa nak masuk parking tu, tapi parking memang penuh.

Sementara menunggu tu, nampak sorang mamat ni berjalan keluar dari IKEA menuju ke kereta dia. Dia lalu sebelah kereta aku dan tunjuk yang dia letak kereta dia kat bahagian belakang. So, aku undurkan kereta sambil dia berjalan sebelah. Sampai kat kereta dia, dan sementara aku tengah nak adjust kereta aku supaya senang untuk parking dan mamat ni nak reverse, datang satu kereta MYVI kuning ni tiba2 bagi signal nak masuk.

Aku pun mula-mula rasa macam nak biarkan je sebab malas nak gaduh. Tapi aku still tunggu kat situ. Mamat tu reverse kereta dia dan tiba-tiba dia keluar dari kereta. Dia pergi ke kereta MYVI tu dan mungkin beritahu yang aku dah menunggu untuk parking tu agaknya. Dia pun terus berlalu dan aku tengok kereta MYVI kuning pun terus pergi dari situ.

Aku sempat angkat tangan je kat mamat tu sambil dia lalu sebelah kereta aku. Terima kasih banyak-banyak bro… Respect… Aku tak pernah lagi tengok situasi macam tu. Jarang ada orang yang sanggup berbuat macam tu. Tak sempat nak tengok plat number kereta dia dan tengok jenis kereta… Macam Vios atau Civic putih.

I hope there’s more people like this that are generous to everyone… Thanks again.